Polis telah menyiarkan gambar Peserta Janji Bersih yang dikehendaki bagi membantu siasatan berikutan pendedahan video menunjukkan para peserta ini telah memijak gambar Perdana Menteri dan Isteri.
Lepakk.com akan tetap menyokong PDRM dalam menjaga keamanan Negara Tercinta.
KUALA LUMPUR — Polis Kuala Lumpur melalui laman Facebook hari ini menyiarkan 11 keping gambar yang dirakam pada Himpunan Janji Bersih di Dataran Merdeka pada 30 Ogos lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, orang ramai yang mengenali individu dalam gambar tersebut diminta tampil menyalurkan maklumat kepada polis.
Mereka boleh berbuat demikian kepada mana-mana pegawai polis, balai polis atau Hotline Polis Diraja Malaysia di talian 03-20319999 atau Hotline Polis KL di talian 03-21159999.
“Mereka juga boleh berhubung terus dengan ASP Azmi Abd. Azizi di talian 019-2602344,” kata Ku.
Ketika perhimpunan ambang merdeka, Khamis lalu sekumpulan peserta perhimpunan itu dilihat memijak gambar pemimpin negara, membawa bendera ‘baru’ sebagai pengganti Jalur Gemilang dan ada yang menunjukkan punggung di khalayak ramai. — BERNAMA
INCOMING SEARCH TERM :
Related posts
DITULIS OLEH : Munk Da Rowk
Saya adalah seorang Blogger, Peminat WordPress,dan Web Designer dari Penang. Hubungi saya jika inginkan sebuah web pada harga murah : azmanyusop@hotmail.com
- Web |
- More Posts (132)










{ 12 comments… read them below or add one }
Memalukan betul. Bukan dah takde saluran lain nak tunjukkan ketidakpuashatian. Cara kebudak-budakkan juga yang diorang ni pilih.
Fadzmie recently posted..Twenty Twelve : Default theme baru untuk WordPress
Berpolitik namun biar beradab
Munk Da Rowk recently posted..11 Gambar peserta perhimpunan janji Bersih dikehendaki Polis
lps kena tahan dan mungkin dihukum dan dipenjarakan baru menyesal agaknya
lewisdotmy recently posted..Amazon Kindle Fire 2 | Persaingan Tablet Saiz Kecil 7 Inci
Haha betul tu
Munk Da Rowk recently posted..11 Gambar peserta perhimpunan janji Bersih dikehendaki Polis
kan dah kene buru
Ada banyak lagi cara untuk menunjukkan ketidakpuasan hati kepada PM.
Cara diorang ni macam org tak bertamadun sungguh.
Affan recently posted..Beraya dan Jalan-Jalan di Ottawa, Kanada
rakyat Malaysia sepatutnya bersopan santun dan berbudi bahasa
Norasikin recently posted..Resepi Bebotok Ikan Tenggiri
memang bertuah yang di snap muka tu hehe
donnyien recently posted..(Video) Wanita Di Belasah Teruk oleh Suami Sendiri
Dah takde keje lain diorang ni agaknya.
shraqs recently posted..Cuti – Cuti Merdeka 2012
Hmmm… apakah perasaan diorang ketika melakukan perbuatan ini yer??
Adakah mereka melakukan kerana ikutan atau mereka faham apa erti janji bersih itu?
AmiRini recently posted..Satu Minggu Satu Doa – Doa bangun dari tidur
adoiii tak ada kerja cari kerja..tak ada penyakit cari panyakit…bila ada penyakit mcm ni payh pulak nak ubat..huhu
Tu le pasal..xda faedah kot