Blog Designer?
Salam..
Dikesempatan ini ingin saya tawarkan kepada sesiapa sahaja yang berada diluar sana untuk memiliki :
Blog sendiri
Website sendiri
Laman Peribadi
Dan sebagainya pada harga yang munasabah dan tidak mustahil untuk anda miliki.
Kini Lepakk telah melancarkan promosi membina laman web kepada anda pada harga yang mampu membuat anda terkejut.
Pakej 1 :
Blog Peribadi + alamat domain sendiri + configuration + Design + Promosi + Database Design + Php Configuration + Support 24/7
Harga : RM350.00 Sahaja!!!!
Contoh Laman blog yang telah dibina :
www.lepakk.com
www.lepakk.com/blog
www.suteraphoto.com
Anda pilih warna anda dan tema anda..kami siapkan dalam masa seminggu!!
Pakej B :
Laman web + alamat domain sendiri + configuration + Design + Promosi + Database Design + Php Configuration + Data Insert + Support 24/7
Harga : RM550.00 Sahaja!!!!
Contoh :
www.tejacoating.com
Untuk keterangan lanjut hubungi :
Saudara Azman : 0124534665 / 0195511155
Andainya perempuan tahu
- Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (perihatin).
- Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tidak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.
- Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.
- Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.
- Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita.
- Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita. Sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.
- Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!
- Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.
- Bila lelaki cakap..”Emm..tengoklah dulu”..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.
- Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.
- Kebanyakan lelaki yg nampak `desperate’, datang dari sekolah all boys! (how true)
- Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.
- Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini…
- Kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.
- Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan `flirting’ dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yg istimewa…yang lain hanya kawan..
- Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari…maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja….Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!
- Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.
- Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti…
- Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita. Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan. Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yg hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!
Panduan menghadapi masalah putus cinta

Melupakan kekasih lama tidaklah semudah menghantar folder ke Recycle Bin delete begitu sahaja. Hubungan kasih sayang cinta mesra sewaktu ketika dahulu sukar untuk dilupakan terutama bagi kaum wanita. Cinta yang berkualiti dari lelaki memang susah nak dapat sama dengan yang baru dan perasaan terkenang-kenang dan merindu pedih dalam hati sering membuat diri kita tanpa sedar menggugur air mata. Berapa kerasnya hati kita, betapa brutalnya jiwa kita untuk menahan sebak jiwang rasa ia memerlukan ketahanan jiwa untuk sembuh secepat mungkin..Ah lupakan yang lama bina yang baru tak semudah dikata, jujurnya secebis perasaan sayang tentu ada.
Baiklah bagaimana agaknya kita mahu melupakan kekasih lama, bekas suami, bekas isteri, bekas tunang atau bekas kawan baik yang dulu kita cukup sayang..?
1. Menghapus kenangan bersama si dia
Setiap perkara yang dilakukan akan membuatkan kamu mengingatinya kembali. Singkirkan dia daripada lamunan dirimu dan simpan foto-foto kamu berdua mahupun hadiah-hadiah pemberiannya di satu tempat yang lebih jauh dari jangkauan dan pandangan mata. Jangan lupa padamkan nombor telefon bimbitnya daripada genggaman kamu. Termasuklah juga khidmat pesanan ringkas (SMS) dan pesanan suara darinya.
2. Jangan menyeksa diri
Bila ada benda-benda atau sesuatu yang tidak dapat disingkirkan dari ingatan, mahu tidak mahu akan membuat kamu teringat kembali kepadanya. Misalnya lagu kenangan anda berdua disiarkan kembali dicorong radio, jangan sampai membuat kamu tergilakannya kembali dan berasa sedih meratapi nasib yang menimpa. Ia kerana, hal itu tidak kena pada tempatnya.
3. Si dia punya pengganti
Apabila mengetahui si dia sudah mempunyai pengganti, sememangnya wajar untuk kamu melahirkan perasaan cemburu. Perlu disedari, kamu terpaksa merasakan bahagia yang dicari telah lepas dari genggaman si dia dan sudah tiba masanya untuk kamu melakukan perkara yang sama.
4. Berhenti membandingkan
Sikap kamu yang suka membanding dengan teman lain sepatutnya disingkirkan. Jangan sesekali membandingkan sikap, perangai, bentuk fizikal, saiz yang besar pada bekas suami, atau tingkah laku teman baru dengan bekas kekasih. Hal ini terjadi apabila kamu belum bersedia untuk menjalinkan hubungan bersama, kamu akan menggunakan pelbagai macam alasan. Itu cuma mainan perasaan.
5. Kehidupan berbeza
Kebiasaannya, kamu akan menghabiskan cuti hujung minggu bersama, tetapi kini anda terpaksa keseorangan. Bagaimana kita dapat menjalani hari tersebut tanpa seseorang di sisi? Sebenarnya perasaan cemas tersebut akan hilang dengan sendirinya. Kamu harus menyedari bahawa sememangnya sudah ditakdirkan kamu hidup bersendirian dan harus menikmati hujung minggu dengan sebaik-baiknya.
6. Ingat hal-hal yang buruk tentang dirinya
Pada umumnya, wanita cenderung mengingati setiap perkara yang dilakukan bekas kekasihnya. Untuk melupakannya, kamu harus mengingati setiap perkara buruk yang ada pada dirinya. Misalnya, dia seringkali mengutuk diri kamu, membandingkan penampilan kamu dengan rakan-rakan, mengeluarkan suara yang tinggi atau tiada ketepatan masa.
7. Rakan dan keluarga pendengar setia
Walaupun pelbagai langkah telah dilakukan untuk melupakan dirinya, namun ingatan terhadapnya sentiasa bermain difikiran. Luahkan masalah kamu itu kepada rakan-rakan dan belah keluarga rapat yang boleh dipercayai dan jangan sesekali menyimpannya di dalam hati. Takut nanti anda pula yang merana. Dengan cara sebegitu, ia sedikit sebanyak dapat menghilangkan kehadiran si dia dari fikiran kamu.
8. Cipta fantasi
Kita selalu memikirkan bahawa perpisahan itu tidak akan berlaku sekiranya pasangan memahami hati budi dan bertolak ansur. Masalahnya kini, kamu sudahpun memutuskan hubungan cinta dan tiada gunanya lagi untuk berbicara tentang diri si dia. Lebih baik kamu mencari pengganti dan ceritakan hal ini kepada teman-teman lain. Siapa tahu mereka mungkin mempunyai kenalan yang lagi bagus dari kekasih lama. Selalulah berfikir positif.
Tips Memikat Perempuan

(1) jadi lah diri sendiri….
toksah tiru orang lain….you have to be yourself….
ingat, diri kita ni special dan unik…cuba kenali kekuatan diri…
dan mesti yakin pada diri sendiri…
kalau lelaki tu lembik dan tak boleh harap, pompuan mana nak terpikat…
pendek cerita….kita kena jadi lelaki yang sentiasa cool & macho gitu…
(2) kena jaga kebersihan diri…
apa ciri yang pompuan tengok pada seorang lelaki? mereka jawab….katanya, suka lelaki yang bersih dan wangi…
gigi kena gosok selalu…pastikan jangan ada saki baki makanan yang terlekat celah gigi. pastikan gigi tidak kuning…
pastikan anda berbau wangi….sembur lah perfume ker apa2 yg patut…pastikan mulut tidak berbau…pastikan ketiak tidak berbau busuk.
kuku kena potong kasi pendek…jangan ada kuku yang hitam…pompuan akan geli tengok kuku lelaki hitam semacam jer…
kalau ada misai ker jangggut ke…kena trim selalu…kasi jangan berserabut….
pakaian jangan serabai…kena la kemas sikit….kalau pakai kemeja tu, pastikan kemeja tu bergosok…jangan la kemeja yang baru keluar washing machine berkedut2 tu main bedal jer pakai….so, nampak sangat la awak tu pemalas…
kalau boleh, toksah la merokok…ramai pompuan tak suka lelaki perokok….mulut bau busuk dan bibir jadi hitam semacam…”eeeiii geli i…tak selera nak cium….” itu antara komen2 mereka pada orang yang merokok….jadi, cubalah berhenti merokok…kalau anda degil nak jadi perokok gak, kalau boleh toksahlah merokok depan mereka…at least tunjukkanlah bahawa anda tetap respect diorang dengan tidak merokok depan diorang…kalau rasa dah tak tahan dan nak merokok gak, sorok2 dan sembunyi2lah…adik saya, seorang perokok tegar, tak pernah hisap rokok depan mak/abah saya, sebab dia kata, dia respect mak/abah saya…
dan pastikan makan chewing gum ker atau buat la apa2 yg patut bagi menghilangkan bau rokok yang di hisap.
(3) kena la senyum selalu….
senyum la dengan ikhlas….orang yang tak hensem pun,
kalau selalu senyum….muka jadi manis….orang suka tengok….banyak kebaikannya
kalau kita suka senyum ni….so, senyumlah selalu.
(4) jangan desprate sangat….
sungguhpun kita suka giler kat seseorang pompuan tu…
jangan la tunjuk kita ni desperate sangat….kontrol la sikit perasaan…kita kan lelaki…
jangan paksa pompuan tu terima kita….yang penting, bagi pompuan tu rasa selesa
dan `tak lemas’ bila bersama kita….baru la dia rasa seronok dan nak rapat dengan kita.
ada banyak lagi tips sebenarnya…tapi cukuplah 4 tips tu dulu untuk dipraktikkan….
apa2pun….good luck to you….and all the best!!!!!
Cara Memandu Dengan Betul

KETIKA memandu di jalan raya, kita perlu menerapkan satu perkara yang paling asas di fikiran. Kita tidak keseorangan. Jalan raya adalah tempat yang digunakan secara bersama, maka sama ada anda memandu sebuah kereta murah atau berharga berjuta-juta ringgit, ia merupakan lorong yang kita semua wajib patuhi.
Jalan raya direka dengan sistem dan undang-undang. Kenderaan juga begitu, datang dengan sistem. Jadi apabila sistem tidak dipatuhi, maka kepincangan seperti kemalangan dan kesesakan akan terjadi.
Nilai sendiri kualiti pemanduan anda. Setiap orang memiliki daya kepekaan berbeza sewaktu memandu. Ada orang yang tidak pernah mengalami kemalangan walaupun jarang memandu perlahan. Ramai juga yang keretanya calar balar biarpun memandu pada posisi seperti mencium stereng. Perbezaannya adalah kepekaan dan teknik memandu.
Adakah anda sering menjadi sasaran kemarahan pemandu lain atau adakah anda sering diekori rapat ketika memandu dan dihala dengan lampu tinggi?
Jika semua ini berlaku, ini bermakna memang ada yang tidak kena dengan gaya pemanduan anda. Satu perkara penting yang harus diingat, ketika memandu anda harus memastikan setiap pergerakan dapat dijangka oleh pemandu lain.
Pandu secara konsisten
Pastikan anda memandu secara konsisten, tidak kiralah agresif atau tidak. Ini perlakuan yang baik bagi membantu pemandu lain menjangka pergerakan anda.
Banyak padahnya jika tidak memandu dengan konsisten, atau dengan kata lain memandu seperti orang yang tiada pedoman. Sekejap laju, sekejap perlahan. Ini konsep yang penting dan harus diamalkan bagi mengelakkan pemandu lain di sekeliling tidak terkejut dengan perubahan perilaku pemanduan anda.
Kelajuan yang betul
Sebagai contoh, jika had kelajuan di lebuh raya ialah 90km/j dan majoriti pemandu lain memandu di antara 90 hingga 110 km/j, janganlah anda memandu 90km/j di lorong paling kanan. Beredar ke lorong tengah atau ke lorong paling kiri jika anda tidak berminat untuk menyamai kelajuan pemandu lain.
Beri isyarat jika anda terpaksa memandu perlahan kerana hendak mencari sesuatu lokasi atau kereta mengalami masalah mekanikal. Dengan memberi isyarat, pemandu lain akan faham dan seboleh-bolehnya beri laluan kepada kenderaan lain di belakang.
Jika kereta lain masih sukar untuk melepasi anda kerana keadaan trafik, sentiasalah mencari peluang atau posisi yang sesuai untuk membolehkan kereta lain memintas dan meneruskan perjalanan dengan lancar.
Jangan mengekori kenderaan di hadapan terlalu rapat. Jika kereta di hadapan tidak memberi laluan dan kereta dari arah bertentangan tidak putus-putus, sebagai pilihan terakhir, kembali ke jarak selamat dan beri lampu tinggi secara sopan (jangan dinyalakan berkali-kali).
Pemandu di hadapan mungkin akan faham dan bertimbang rasa untuk memberi laluan kepada anda. Jika anda pula berada dalam keadaan dirapati oleh kenderaan belakang, anda dinasihatkan untuk memberi laluan.
Guna cermin sisi
Cermin sisi direka untuk melihat ke belakang. Gunakan cermin sisi, cermin pandang belakang dan melihat titik buta (blindspot) sebelum memotong. Ini kerana mungkin ada kenderaan di belakang anda yang sedang memotong dalam kelajuan tinggi. Beri laluan kepada mereka dahulu. Apabila selesai mereka memotong, barulah anda meneruskan pemanduan di lorong kanan.
Lampu isyarat jangan lupa
Menggunakan lampu isyarat untuk menunjukkan ke mana arah anda supaya pergerakan tidak mendatangkan kejutan kepada pemandu lain. Seelok-eloknya bagi isyarat lebih awal, terutama dalam keadaan trafik yang sibuk.
Jangan sudah hampir memasuki simpang, baru hendak memberi signal atau suka-suka bertukar lorong tanpa melihat kenderaan di belakang.
Brek dengan perlahan
Jika anda perlu membrek, tekan dengan perlahan-lahan. Bagi amaran awal kepada pemandu di belakang. Sebagai anggaran untuk masa membrek yang praktikal, lihat kereta selang kereta di hadapan anda. Membrek secara mengejut merupakan perbuatan berbahaya.
Jika keadaan trafik memaksa anda membrek secara mengejut (kemalangan atau sebagainya) cuba cari ruang lega di hadapan agar kenderaan di belakang anda mempunyai masa yang cukup untuk membrek.
Memecut pada masanya.
Memecutlah di tempat sepatutnya seperti apabila lampu isyarat bertukar hijau atau ketika giliran anda di simpang bertanda berhenti.
Ia membantu mempercepatkan kelancaran trafik. Sebaik lampu bertukar hijau, bersedia dengan kedudukan gear dan kemudian terus bergerak. Jangan 5 saat sudah lampu trafik bertukar hijau baru terkial-kial mencari tuil gear.
Jika hendak memasuki trafik yang sedang bergerak, anggar dengan baik dan pantas masuk ke dalamnya. Jadi, anda tidak memaksa pemandu dari belakang menekan brek. Cuba bersabar, tunggu ruang yang agak luas dan terus masuk dengan pantas.
Berhenti di tempat sepatutnya
Tiada faedah berhenti melebihi garisan. Ini hanya boleh menyusahkan kenderaan lain dan mungkin alat pengesan lampu isyarat juga tidak dapat mengesan anda.
Di persimpangan jalan raya dengan saiz jalan yang terhad, anda hanya menjadi penghalang kepada kenderaan dari simpang bersebelahan. Ia akhirnya akan memperlahankan trafik secara keseluruhan.
Jangan berhenti di tengah jalan tanpa tujuan. Jika terpaksa berhenti di bahu jalan, berikan isyarat dan bukannya berhenti sesuka hati.
Beretika
Jika berada di lebuh raya yang sedang sesak, pilih lorong anda dan tetap di situ. Jangan terlalu kerap bertukar lorong kerana ia tidak membuatkan anda lebih pantas menuju ke destinasi.
Sebaliknya, ia membuatkan keadaan trafik bertambah teruk. Jika kenderaan di lorong sebelah kanan anda dipandu laju melepasi anda, tidak perlu anda meningkatkan kelajuan kerana hendak menunjuk-nunjuk.
Jangan memotong ikut kiri. Ini perlakuan yang berbahaya dan dikategori kurang sopan ketika lebuh raya sesak dan biasa dilihat pada musim perayaan.
Selain menyalahi undang-undang, ia berbahaya kepada kenderaan lain yang berhenti di lorong kecemasan kerana rosak.
Lampu kecemasan
Lampu kecemasan (hazard light) adalah untuk kecemasan. Ia digunakan ketika kenderaan berhenti, bukannya ketika sedang bergerak. Bukan sama sekali digunakan ketika hujan. Ketika hujan, pasang lampu utama. Walaupun pihak berkuasa selalu menggunakan lampu kecemasan ketika mengiringi konvoi, jangan sesekali anda menyalakan lampu itu ketika anda berkonvoi.
Anda tidak kacak untuk berbuat begitu dan hanya membahayakan pengguna lain.Bayangkan anda menyalakan lampu kecemasan ketika hujan kemudian perlu masuk ke simpang kiri. Jadi bagaimana?
Millat Pengganti Facebook
Salam…
Hari ni gua nak share something dengan korang suma…
Sebuah laman web telah dibangunkan oleh warga pakistan.Rupa bentuknya sama seperti facebook.Dibawah ini ialah rupa bentuk laman web ini.
Bukankah kita patut menyokong rakan kita? Dari menyokong israel? Ini serba sedikit mengenai laman web ini.

Profesional IT Pakistan cipta web lawan kempen hina nabi, Islam ISLAMABAD: Sekumpulan warga Pakistan mencipta laman web baru untuk menghubungkan 1.6 bilion Muslim selepas berang dengan laman Facebook kerana menyiarkan karikatur Nabi Muhammad selain mewujudkan saluran baru melawan propaganda anti-Islam. Kumpulan itu membabitkan enam profesional teknologi maklumat (IT) di pusat budaya dan hiburan Pakistan, Lahore, yang melancarkan laman web www.millatfacebook.com, awal minggu ini. Ia dilancarkan selepas mahkamah Pakistan mengarahkan sekatan ke atas Facebook sehingga Isnin ini atas bantahan terhadap satu laman Everyone Draw Mohammed Day (Hari Lakar Muhammad) yang menghina Islam. “Millatfacebook dicipta bagi memenuhi keperluan sosial penduduk Pakistan. Laman untuk Muslim termasuk orang lain yang baik daripada agama lain turut dialu-alukan,” kata laman web itu kepada yang berminat menjadi ahli. “Kami mahu beritahu ahli Facebook bahawa mereka akan terima padah jika mengganggu kami,” kata Ketua Pegawai Operasi syarikat yang menempatkan laman itu, Usman Zaheer, 24. “Jika ada orang menghina nabi, kami akan jadi lawan mereka dan menyebabkan mereka rugi besar,” katanya yang bermimpi menjadikannya laman sosial terbesar Muslim. Dikenali dengan singkatan MFB, seperti juga FB bagi Facebook, pengasasnya berkata, pakar IT kini berusaha memasukkan ciri-ciri lain ke dalamnya bagi mencabar pesaing dari California itu. Setiap ahli memiliki ‘dinding’ untuk ulasan sahabat selain mengandungi kemudahan emel, foto, video, ruang sembang dan perbincangan. Perkataan ‘Millat’ adalah bahasa Urdu yang biasa digunakan untuk merujuk kepada negara. Laman web itu sudah mempunyai 4,300 ahli selepas tiga hari dilancarkan, kebanyakannya warga Pakistan yang boleh berbahasa Inggeris dalam lingkungan usia 20-an. Angka itu jauh lebih kecil daripada keahlian Facebook di Pakistan buat masa ini sebanyak 2.5 juta dan ulasan awal menunjukkan MFB memerlukan lebih banyak masa untuk benar-benar menyaingi FB. Bagaimanapun, Usman gembira dengan hasil awal laman web itu yang sudah menarik penyertaan warga Britain, Bulgaria, Kanada, China, Russia, Emiriyah Arab Bersatu dan Amerika Syarikat. – AFP
So What Are you waiting for?
Sutera Photo Lunch
Salam,
Hari ni gua dengan berbesar hati melancarkan laman web dibawah naungan lepakk iaitu www.suteraphoto.com
Laman web ini khas untuk tempahan gambar perkahwinan dan sebagainya..
Sekarang ni ramai orang mula meminati bidang photographer ni.. Walaupun kos untuk sebuah kamera mampu mencapai belasan ribuan ringgit..
Tapi minat punya pasal apa pun boleh… Gua pun tak terlepas dari hobi yang pelik ini
Tapi apakan daya harga kamera mahal sangat..gua lebih suka guna sony erricson k800i yang gua beli 2007 dulu huahuahua..
Selain dari ambil gambar dari pelbagai sudut yang pelik dan memelikkan, golongan peminat seni photographer ni juga perlu tahu menggunakan software-software untuk mengubahsuai gambar yang tak menarik kepada yang menarik..
Antara model kamera yang popular adalah DLSR D90 Nikon ..

- Newly designed Nikon DX-format CMOS image sensor with wide ISO sensitivity range with low noise
- EXPEED for smooth tones, rich colors and fine details
- Innovative D-SLR movie function: D-Movie
- Scene Recognition System integrated with Face Detection System
- Easy-to-use Live View mode
- Picture Control System: Customize the visual style of your images
- Active D-Lighting for smooth tone reproduction in high-contrast lighting
- Versatile practical 11-point AF system
- Bright pentaprism viewfinder featuring frame coverage of approx. 96%
- Advanced Scene Modes for superior image quality
- Extensive palette of in-camera Retouch Menus
- Engineered for precision and durability
Dan baru-baru ni gua saja edit gambar anak sedara dan result dia agak menarik.. meh nak share..

Wanita dahaga Seks
Salam,
hari ni gua santai-santai sambil baca email dari lepakk..
Banyak sangat email sampai gua jadi malas nak baca… apa pun gua dah 3 hari selsema tak baik-baik..
Dah sepapan ubat selsema di makan..dia hilang sekejap saja..pastu datang balik.. dan skrg gua tengah manahan siksa selsema tersebut
Opsss… lupa plak pasal tajuk diatas..
Gua terbaca cerita hangat ni..
DUNGUN – Seorang wanita yang sudah bertunang sanggup menjadikan hotel murah di pantai peranginan Kuala Abang, di sini sebagai tempat memuaskan nafsu bersama lelaki lain, gara-gara kemaruk seks.
Hubungan sulit itu terbongkar apabila rumah tumpangan yang disewa secara bulanan oleh lelaki itu diserbu pihak berkuasa, petang kelmarin.
Ketika serbuan dibuat kira-kira jam 5 petang, wanita yang berasal dari Kampung Seberang Pintasan itu dikatakan baru selesai melakukan perbuatan terkutuk bersama teman lelakinya yang bekerja sebagai penjual ikan di Kompleks Perikanan Kuala Dungun.
Setelah disoal siasat penguat kuasa, wanita itu mengaku sudah beberapa kali memuaskan nafsu dengan teman lelakinya yang berasal dari Kampung Baru Kuala Abang.
“Kami pernah melakukan perkara sama beberapa kali sebelum ini di beberapa lokasi, jadi bila dia menyewa bilik di sini, dia menjemput saya ke sini untuk puaskan nafsu,” katanya.
Wanita itu yang merupakan anak keempat daripada lima beradik memberitahu :Sinar Harian: bahawa dia bakal melangsungkan perkahwinan dalam tempoh terdekat.
Katanya, dia juga pernah melakukan perkara sama beberapa kali bersama tunangnya ketika bermalam di rumah bakal mentuanya.
“Bagi mengelakkan perbuatan itu diketahui, kami melakukannya pada lewat malam di dalam bilik tunang saya setelah kedua-dua orang tua nyenyak.
“Bila jumpa kawan saya di hotel, kami puaskan nafsu juga tetapi perbuatan saya ini tidak diketahui tunang saya,” katanya.
Sementara itu, hasil pemeriksaan mendapati lelaki yang ditahan terlibat penyalahgunaan dadah.
Polis menemui tiga paket plastik di atas meja di dalam bilik hotel dan setiap satu mengandungi 10 pil kemerahan disyaki pil kuda.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Dahlan Mohd Noor yang mengesahkan tangkapan itu berkata, lelaki terbabit ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.
“Ujian air kencing mendapati wanita itu positif dadah dan dia ditahan mengikut Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.
Ketua Penguat kuasa Syariah, Jabatan Agama Daerah Dungun, Yusuf Musa mengesahkan pasangan itu turut ditahan mengikut Seksyen 31 (a) dan (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu kerana kesalahan khalwat.
“Jila jika sabit kesalahan, mereka boleh dijatuhkan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.
Sebab apa perkara ni berlaku ye?
Beri susu badan elak maksiat
Salam..
Pagi ni gua buka dan baca email..Gua tertarik dengan satu artikel ni..
Korang baca sendiri :
MANAMA: Seorang ulama mencetuskan kontroversi apabila mencadangkan wanita memberi susu mereka kepada lelaki bukan mahram yang selalu berurusan bagi mengelak dosa.
Perunding mahkamah Arab Saudi, Sheikh Abdul Mohsin al-Abaican, berkata lelaki yang selalu memasuki rumah atau bergaul dengan wanita boleh dinikahi perlu dihubungkan secara simbolik melalui amalan berkenaan.Mengikut fatwa, seseorang lelaki tidak boleh menikahi mana-mana wanita yang memberi susu kepadanya.
Sheikh Abdul Mohsin berkata, apabila ia dilakukan, lelaki berkenaan menjadi mahram dan urusan berlangsung tanpa melanggar syariat Islam.
“Bagaimanapun, lelaki terbabit janganlah menyusu terus daripada wanita berkenaan,” katanya. – Agensi
Apa kata anda?
Ustaz zaman sekarang
Salam…
Hari ni gua ada baca paper surat khabar dan ternampak lah gambar seorang ustaz yang agak popular di Malaysia ni. Ustaz ni makin popular kerana masuk tv melalui satu rancangan..
Memang rancangan dia ni menarik dan amat bagus sekali..Ustaz ni pulak antara orang penting dalam rancangan tu.
Rancangan apa tak payah la nak bagitau korang sebab gua memang taknak bagitau..Tapi hint dia ialah IMAM.
Dan gua ada pengalaman berdepan dengan ustaz ni … meh kita dengar cerita nya..
Masa tu gua dok KL .. gua dengan abg gua bukak kedai makan..
Jadi kitorg sewa sebuah kedai makan disitu… Dan tuan yang memberi sewa pada kitorg adalah ustaz tersebut lah..
Bayaran untuk sewa tersebut agak mahal..tapi takper la kitorg ok je.. nak bisnes kena korban sket..
Tapi one day tu kan.. kitorg dapat tau sebenarnya tuan empunya kedai tu orang lain.. ustaz tu bukan tuan empunya..
Sekarang ni ustaz tu menyewa pada tuan empunya dan kemudian sewakan pula pada kami..Maknanya dia hanya makan untung atas angin.
Jadi kami dapat tahu lalu terus kami berhubung dengan tuan empunya kedai… Dan harga sewa bertukar kepada separuh sebab kami direct bayar dengan tuan empunya..
Maka apabila ini berlaku ustaz tu naik marah la (dia dah tak dapat apa-apa dah).Jadi apa yang dia buat adalah dengan melakukan kerosakan pada kedai tu.. Dia kata semua lampu dia yang punya.. Jadi dia pun ambil semua lampu tu..
Takpa tak kisah memang harta benda dia.. Tapi pastu dia tarik semua benda yang bukan milik dia sekali..
Dia jadikan kedai mcm dilanggar todak atau pun diserang Garuda… (Oh baiknya hati seorang ustaz)
Kami yang bukan ustaz ni hanya bersabar dan biarkan kerenah dia..
Ini kah ustaz yang boleh dijadikan contoh?
Apakah dia layak digelar seorang ustaz yang dapat memberi bimbingan pada masyarakat?
Anda jawab sendiri..
